http://api.whatsapp.com/send?phone0135424254 14 Tempat Menarik Di Kudat Sabah Untuk Lokasi Percutian Anda 0 Apakah tempat-tempat menarik di Kudat ? Selain daripada Tanjung Simpang Mengayau yang memang terkenal sebagai tempat utama yang menarik di Kudat, banyak lagi tempat-tempat menarik yang lain di sekitar Daerah Kudat. Oleh itu, pihak infosantai ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi lebih daripada 12 tempat menarik di Kudat untuk panduan kita bersama. Tempat-tempat menarik ini akan sentiasa dikemaskini jikalau terdapat tempat menarik yang baru dibuka khasnya di Daerah Kudat. Berikut merupakan tempat-tempat pelancongan yang menarik di Kudat. 1. Tanjung Simpang Mengayau Pasti hampir semua masyarakat di Malaysia mengenali tempat ini. Sememangnya Tanjung Simpang Mengayau merupakan tempat yang “wajib” dikunjungi bila mana anda mengunjungi daerah Kudat. Amat mudah untuk sampai ke tempat ini. Ini kerana setiap simpang lengkap dengan papan penunjuk dan ...